iNgiN beRsua!!

11 January 2011

BuaT anDa YanG BerGeLar RiJal


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




MenCari YanG HALAL!!


Lelaki yang Gentleman dan Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan mahupun kata kata, sebelum dia mampu bersumpah didepan ALLAH dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga .. -Back to ISLAM- Wallahu'alam..

06 January 2011

piLiHan!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Lately aku byk diajukan persoalan oleh sahabat - sahabat n saudaraku mengenai istikharah.. meminta pandangan... boleh dikatakan, insan sekeliling aku skrang nih tgh dirundung "piluk ati" (Kak Yati,2011).. Dari segi pelajaran, pekerjaan, masalah hati, perasaan, persahabatan dan tak terkecuali cinta... Kadang2 bergetar jugak jiwa nak respon.. bukan apa, bimbang respon yang diberi bakal buat hati2 terluka n susah nak menerima.. sekarang hanya memegang satu kata2 motvasi utk diri, "sampaikan dengan hati, insyaALLAH yang menerima dengan hati, ALLAH yang lembutkan hati, kita berusaha dan berdoa kepadaNYA~~ memujuk hati~~....





Istikharah, itulah jawapan bagi satu persoalan berkaitan pilihan...
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”


Disamping istikharah, tak salahnya jika diiring dengan ikhtiar iaitu dengan meminta pendapat insan yang korang percayai untuk bantu membuat keputusan.. Konsep inilah yang dipanggil Istisyarah.. Subhanallah, hebatnya ajaran ISLAM setiap kesusahan pasti ada kemudahan..

Dengan keputusan yang dibuat dengan keyakinan hasil istikharah, keputusan yang dibuat adalah dengan kebersamaan dengan ALLAH. Subhanallah... Makanya, kalau dtakdirkan masa akan datang diuji dgn mehnah ujian, kita masih mampu mencari sisi - sisi postif pada apa yang berlaku pada keputusan yang dibuat dahulu itu adalah kelengkapan Syariatullah (Istkharah) serta Sunnatullah ( Istisyarah- Ikhtiar Usaha).. Wallahu'alam..



01 January 2011

PeRjaLanAn HidUp


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Kullu 'am wa antum bikhair!!!!!!!!.. Selamat tahun baru 2011... ya ALLAH, tahun 2010 banyak memberi keindahan pada aku... tak terkecuali jugak kesedihan.. begitulah yang dinamakan kehidupan kawan - kawan... heehee.. erm, bercakap tentang tahun baru, pasti tiap2 tahun kta disajikan dengan berita anak muda dicekup oleh badan2 bertanggungjawab... aku rasa satu usaha yang baik dilakukan oleh NGO's Islam, badan - badan dakwah yang punya rasa tanggungjawab utk turun dilapangan pada malam sambutan tahun baru, ambang kemerdekaan dan sebagainya untuk mendekati golongan - golongan muda ni.. Moga ALLAH memberi rahmat diatas usaha kalian..



Aku nak layan sikit perasaan dengan lagu nyanyian Ramli Sarip.. Lirik dia bagi aku sedikit sebanyak menyentuh ttg perjalanan hidup aku... ehemmm... mungkin kta semua...

PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Dr.Wan Zawawi
1987


Untuk audionya korang bukak lah youtube k? =]




Erm, kehidupan ni perjalanan yang panjang, maka jangan berhenti dari mengembara... Jangan berputus dengan yang bernama kehidupan... Kerana berputus asa tu sifat orang yang tak bersyukur.. Rahsia terbesar dalam kehidupan ni sebenarnya: Melewati hari ni dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah... Ingat cintakan ALLAH, cinta yang sejati.. =]

p/s:: credit to sahabatku tQa, sebab ajar buat link... Jasamu dikenang.. =P



Wallahu'alam...