iNgiN beRsua!!

06 January 2011

piLiHan!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Lately aku byk diajukan persoalan oleh sahabat - sahabat n saudaraku mengenai istikharah.. meminta pandangan... boleh dikatakan, insan sekeliling aku skrang nih tgh dirundung "piluk ati" (Kak Yati,2011).. Dari segi pelajaran, pekerjaan, masalah hati, perasaan, persahabatan dan tak terkecuali cinta... Kadang2 bergetar jugak jiwa nak respon.. bukan apa, bimbang respon yang diberi bakal buat hati2 terluka n susah nak menerima.. sekarang hanya memegang satu kata2 motvasi utk diri, "sampaikan dengan hati, insyaALLAH yang menerima dengan hati, ALLAH yang lembutkan hati, kita berusaha dan berdoa kepadaNYA~~ memujuk hati~~....





Istikharah, itulah jawapan bagi satu persoalan berkaitan pilihan...
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”


Disamping istikharah, tak salahnya jika diiring dengan ikhtiar iaitu dengan meminta pendapat insan yang korang percayai untuk bantu membuat keputusan.. Konsep inilah yang dipanggil Istisyarah.. Subhanallah, hebatnya ajaran ISLAM setiap kesusahan pasti ada kemudahan..

Dengan keputusan yang dibuat dengan keyakinan hasil istikharah, keputusan yang dibuat adalah dengan kebersamaan dengan ALLAH. Subhanallah... Makanya, kalau dtakdirkan masa akan datang diuji dgn mehnah ujian, kita masih mampu mencari sisi - sisi postif pada apa yang berlaku pada keputusan yang dibuat dahulu itu adalah kelengkapan Syariatullah (Istkharah) serta Sunnatullah ( Istisyarah- Ikhtiar Usaha).. Wallahu'alam..



No comments: