iNgiN beRsua!!

07 February 2011

mEmiLiki!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Khas buat yang bergelar sahabat!!!

"Apa yang kita alami demi teman kadang – kadang melelahkan dan menjengkelkan, Tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah…

Persahabatan sering diuji beberapa cubaan, Tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan bahkan menyuburkan persahabatan itu

Persahabatan tidak terjalin secara automatik,tetapi memerlukan proses yang panjang, seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu bahkan ditolak, namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, Justeru kerana kasihnya dia memberanikan diri menegur apa adanya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari hidupnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, Namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, Namun ada juga yang hancur kerana tidak menghargai sahabatnya.

Memiliki sahabat, bukanla untuk dikhianati, disakiti hatinya, tetapi sebaliknya, dihargai. Bimbang, disaat ingin menghargainya , takdir menentukan dia tiada lagi disisi."

~Mohon maaf kepada sahabat yang pernah aku sakitkan samaada sengaja atau tidak, zahir mahupun tersembunyi, sedar mahupun tidak. Mohon maaf dunia dan akhirat~ Ukhwah hingga ke syurga~ InsyaALLAH


2 comments:

mustRZ said...

salam...
kacak ayat..hehhehe
mohon dicopy bole?

iman-99 said...

wa'alaikumussalam...
silakan... =)