Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu a'min wa antum bikhair... saya memohon ampun setingginya kepada ALLAH subhanahuwata'ala atas segala dosa saya dan mohon maaf zahir dan batin kepada sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti hatinya... Selamat Hari Raya Aidilfitri....
satu perkongsan menarik saya kira utk saya kongsikan pada shbt sekalian.. moga bermanfaat... InshaALLAH.. shukran buat senpai saya, kak Siti Raufa Sufrina atas perkongsian ini.... saya mengambil 100% daripada nota beliau dilaman ::ini :: Saya kira perkongsian ini sungguh menarik... AlhamduliLLAH...
Lailatul Jaizah
Berpesan Ustaz Hashim Man, Imam Masjid at-Taqwa Kg Gita pada Tarawih yang terakhir malam tadik...Malam tok bukan malam raya, tapi malam yang disebut sebagai LAILATUL JAIZAH (malam pengijazahan).jangan kita merami halaman rumah/dapor rumah kita dolok..sama2 kita mengimarahkan masjid2 yang terdekat. Malaikat akan turun berbondong2 di setiap rumah Allah kerana Allah akan mengijazahkan kemenangan buat hamba2Nya yang berpuasa Ramadhan.
Disampaikan juga oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Joll:
Al-Imam Al-Syafie telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.
Ingin juga dikongsikan daripada bacaan tambahan. Pada pagi hari raya itu, Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong.
Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang diciptakan oleh Allah SWT kecuali jin dan manusia. Mereka berkata, "Wahai umat Muhammad! keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar,"
Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya, Allah SWT akan berkata kepada para malaikat," Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?" Baginda bersabda, "Para malaikat akan berkata, Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya."
Lalu Allah SWT berfirman:
"Kerana itu, Aku telah menjadikan kami sebagai saksi. Wahai malaikat-Ku! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasannya kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadan dan berdirinya mereka (beribadat kepada-Ku di dalam Tarawih) ialah keredaan-Ku dan keampunan-Ku!
Allah SWT akan berfirman lagi:
"Wahai hamba-hamba-Ku! Pohonlah dari-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan kehebatan-Ku, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikkanmu. Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadap-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan demi kehebatan-Ku, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah meredakan kamu. Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah telah berikan pada umat ini apabila mereka telah selesai daripada puasa di bulan Ramadan. (Hadis riwayat Baihaqi).
Begitu besar kelebihan Ramadan hingga 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri dan betapa pemurahnya anugerah Allah SWT kepada umat Islam kerana memberi limpahan rahmat yang tidak terhitung oleh kita serta kemurahan ganjaran pahala kepada hamba-Nya yang taat dan sentiasa ikhlas.
Dan sepatutnya umat Islam merayakannya dengan ketakwaan dan keimanan selepas berjaya keluar dari madrasah Ramadan, kerana antara hasil berpuasa yang diharapkan ialah dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Justeru, cara meraikan Aidilfitri juga perlu melalui jalan orang-orang yang bertakwa sebagaimana ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Ia termasuk menyambutnya mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh syarak dan tidak dicampur-baurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.
..:: Salam Aidilfitri dari al-Faqirah ilallah...mohon ampun dan maaf atas segala salah, silap dan khilaf sepanjang jiwa ini bernafas ::..
1 comment:
salam.. syukran 4 share sahabat.. lamak blog ny sepi aie..heheh
Post a Comment