iNgiN beRsua!!

24 January 2012

ALLAH sayangkan kita!!


Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh...

ALLAH sebaik-baik tempat merintih...=).. rasa lega!!!

Rintihan hamba kepada PENCIPTA... istimewa!!!

ALLAH... alhamduLILLAH wa SyukruLILLAH... Moga saya, dia, awk, mereka, kita menjadi hamba yang sentiasa menjadikan ALLAH tempat merintih!!!

p/s:: ALLAH mungkin hadirkan manusia untuk menjadi bahu untuk kita menangis, tapi ingatlah, insan itu hadir kerana ALLAH mengkehendakinya... =)

19 January 2012

semangat beliau


Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHI Wabarakatuh

sekadar entry pendek untuk malam ni... ketika saya berada di zon yang sedikit sibuk, saya selalu membawa semangat yang dibekalkan olehnya kepada saya.. kenangan bersama beliau takkan saya lupa... even beliau jauh, ALLAH selalu hadirkan rasa rindu saya pada beliau... terima kasih ALLAH atas kurniaan sahabat ini kepada saya... Al Fatihah buat beliau... semoga sentiasa dalam jagaan ALLAH... mohon doa-mendoakan. =) 

p/s:: doakan kita dapat bersua dlm masa terdekat ni tau!! heee

17 January 2012

Pergi Tak Kembali


Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh..

Time goes so fast!! masa lalu memang tak dapat nak ditarik balik... huhu... saya tetap merindui suasana suatu ketika dulu... huhu.... sederhana... namun ramai yang menghargainya.... menghargai insan sekelilingnya.. menghormati sesamanya.. hikmah dalam kata2nya... saya terbayang wajah2 mereka seorg demi seorg... ada yang sudah tiada.. ada yang terlalu dekat pada jarak pandangan mata, tapi cukup jauh dari ruang hati.... tadi saya melihat fb2 milik mereka... mengalir air mata saya... sungguh saya merindui kalian... masih ada peluangkah saya bersama kalian?? saya bersamanya, tapi kalian tiada... kalau ada yang masih terbuku dihati, sebesar manapun ia, jom kita leraikan... AYOH!!....

10 January 2012

sneezing mode!!


Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHI wabarakatuh....
ketika menaip entry ini, saya tidak tahu sudah berapa kali saya bersin.... saya tertanya2, kenapa bersin begitu nikmat apabila dapat dikeluarkan sehinggakan teringat saya pada hadith RasuluLLAH yang menyatakan ALLAH menyukai orang yang bersin....

Tahukah anda bahawa......

~ Menurut Ibnu Qayyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad).

~Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh. Dan tambahan dari pengarang 'Aunul Ma'bud, bersin dapat menjernihkan rohani dan menguatkan fungsi indera manusia.

Haruslah kita bersyukur pada ALLAH setiap kali bersin dengan mengucapkan "HamdaLLAH"... patutla setiap kali bersin, rasa lega yang amat... Lihatlah segalanya dengan mata hatimu.... Tak da yang ALLAH jadikan kat muka bumi ni sia2..... jom refleksi diri... tgk balik surah Ar Rahman... 31 kali ayat

55:13
 


diulangkan...... "Maka nikmat TUHANmu yang manakah telah engkau dustakan??"

ALLAHu... moga kita semua jadi golongan yang tidak bermalas2an untuk mensyukuri nikmat yang ALLAH berikan.... =)....

09 January 2012

mendidik untuk terdidik


Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Jumaat lepas, saya berkesempatan untuk terlibat secara langsung dalam program 180 degree... alhamduliLLAH...program berjalan lancar walaupun banyak jugak ujian untuk "mujahidah" prog ini... heehee..

Jumaat:: seawal jam 9 pagi saya bergerak dari teratak dengan semangat mahu mengajar dan belajar... haruslah saya bersemangat kerana saya yakin setiap prog pasti ada bekalan untuk saya bawa pulang untuk saya bermuhasabah diri... sebelum berangkat, saya sempat meminta nasihat dan doa dari shbt baik saya dan pesanan dari seorg insan yang saya kagumi... untuk berhadapan dengan mad'u yang sedikit berbeza dengan mad'u sebelum ini, saya perlu mendidik hati agar selari dengan lidah.... pesan insan yang saya kagumi ni berbunyi::

"..if akak involved program mcm ni..akak anggap akak yg kurang..kene fikir yang kita pun mcm mereka, tak tahu lg pengakhiran hidup kita mcm mana..entah mrk lbh mulia di saat mati nnt..bila kite sentiasa fikir kita kurang..rasa perhambaan makin kuat, dengan Allah kita makin dekat..Allah akan permudahkan jalan kita dengan mereka.."

sambung beliau lagi:
golongan mcm ni tak suke dipandang sinis, atau diajar..ibaratnya kita ni mcm lah bagus sgt..mereka anti sgt if kita tunjuk mcm kita ni alim & lbh bagus dari mereka..

akak akan gunakan method style "gile2 + sempoi"..sbb mrk masih muda, darah msh hot kn..kene byk buat lawak..
raikan bakat mereka, biarpun mrk tak tahu solat..tak aplikasikan perkara wajib..contohnya if mrk tahu break dance, akak akn suruh mrk tunjukkan break dance tu mcm mane..
then akak puji mrk..

bila dah mcm tu, mrk akan rase nak rapat dgn kita, akn pk.."kakak ni cool la..x skema, mcm ak jgk

dah tengok dorg leyh gelak skali ngn kite..time tuh akak akn masuk jarum (membawa unsur2 dakwah), akn tunjukkan video2 org yg dulunya teruk tapi berubah..

huhu, yang penting jaga niat, baca doa banyak2 slom start tu ye..selamat berprogram, semoga usaha dipandangNYA ^_^ Aameen "

ni pesanan beliau... panjang..... tapi sedikit sebanyak membantu saya dalam menghadapi mad'u....

mahu cerita selanjutnya??? heehee... entry seterusnya k?? sekarang dah petang... jom siap2 untuk minum petang.. heehee

***BERSAMBUNG ***

04 January 2012

andai~


Assalamu'alaikum warahmatuLLAHI wabarakatuh...

❀ Jika sahabat yang kamu sayangi datang melepaskan penat sehariannya kepadamu, maka terimalah dia.

❀ Jika dia terlena di bahumu kerana keletihan fizikal dan fikirannya, maka berilah ruang yang selesa untuknya.

❀ Jika dia datang kepadamu ketika sedih, maka gembirakanlah hatinya & tenteramkanlah perasaannya.

DAN...

>>> Apabila kepenatan, keletihan & kesedihannya hilang dia terus meninggalkanmu, usahlah dirimu bersedih pula. Lupakah kamu bahawa kasihmu kepadanya hanya kerana ALLAH....




memberi tanpa mengharap untuk diberi balasan..... =)

03 January 2012

ilmu ALLAH: 1


Semoga ALLAH merahmati guru2 saya dengan diberi kesihatan yang baik untuk terus-terus menyampaikan ilmu kepada kami... saya juga bermohon ampun kepada ALLAH jika ada yang saya sampaikan silap atas kelalaian saya dan mohon untuk siapa saja yang berilmu memberi teguran...

Saidina Umar al Khattab merupakan sahabat RasuluLLAH yang paling kuat imannya sehinggakan syaitan tidak akan melalui jalan yang telah dilalui oleh Saidina Umar al khatab... mashaALLAH...

Saidina Umar al Khattab mempunyai karamahnya kurniaan ALLAH.... Pada suatu hari, telah berlaku gempabumi, di zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab... lalu, saidina Umar al Khattab pun menghentakkan tongkatnya, memukul bumi lalu berkata, "Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?”... Dengan izin ALLAH yang maha Berkuasa, maka, berhentilah gempa bumi....

SubhanaLLAH... begitulah kasihnya ALLAH pada hamba-hambaNYA yang beriman... teringat saya pada hadith RasuluLLAH  صلى الله عليه وآله وسلم:

Man laa yarham, laa yurham....

"Sesiapa yang tidak mengasihani, tidaklah ia dikasihani"

Mari kita menyuburkan kasih sayang kita kepada ALLAH dan RasuluLLAH صلى الله عليه وآله وسلم ....

wallahu'alam....

 

untuk semua sahabat saya!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Saya berhajat nak hantar mesej ni kat semua shbt2 saya... memandangkan henfon saya rosak, jadi tak dpt la nak send kat semua....

~Seorang alim dari Halab, Syria memberitahu kepada Syeikh Nuruddin tentang adat mereka sebelum berpisah antara 2 orang sahabat. Salah seorang yang menghulurkan tangan akan berkata kepada sahabatnya:

"Yang terselamat di antara kita kelak (di akhirat), harus membantu sahabatnya."~

Moga saya dan sahabat2 mampu untuk praktikkan ini dalam kehidupan... saya ingin berjumpa kalian bukan sahaja didunia tetapi juga kita sama2 berkasih sayang diakhirat kelak... sungguh!! saya menyayangi kalian... mohon maaf atas segala silap dan salah saya.....

wallahu'alam...

02 January 2012

Dari 21 tahun lalu hingga 2 Januari 2012

Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHI Wabarakatuh....

alhamduLILLAH.... saya bersyukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan kepada ISLAM.. Tentu dan semestinya nikmat ISLAM dan Iman serta nikmatnya menjadi umat Sayyiduna Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم, Nabiyyur Rahmah.... AlhamduLILLAH wa syukruliLLAH..

Saya dilahirkan sebagai bayi yang tidak cukup bulan dengan berat yang hanya 1 kilogram... keciknya saya.. ^_^... AlhamduLILLAH, lahir melalui kaedah yang normal dan disahkan normal.... Dan sudah tentunya, wajib untuk saya mensyukurinya dan berterima kasih buat bonda saya tercinta...

Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi agak strict saya kira berbanding kawan2 seusia saya... lucu bila saya terkenang, pada usia saya sekitar 6 tahun hingga 12 tahun saya bemain basikal BMX kaler merah hanya didalam rumah... bukan rumah konkrit ye kwn2, tapi sebuah rumah kampung yang bila roda basikal berpusing, seolah2 rumah tu telah berlaku perlawanan hebat antara encik raksasa dan mr ultraman... boleh berimaginasi sekarang!! haahaa...
sekali lagi wajar saya mensyukuri nikmat ini... kalaulah mak dan ayah saya lepaskan saya dijalanan, mungkin saya dan adik beradik yang lain tidak mampu untuk dimanusiakan... ALLAHu...

Disekolah menengah, saya disekolahkan disekolah yang biasa2 sahaja... bukan sekolah yang cemerlang, tapi disitulah tempat yang banyak memberi pengalaman yang superb bagi saya... disitulah saya belajar untuk menjadi pemimpin dan belajar basic2 dakwah... pengalaman paling menarik adalah, setiap waktu rehat, saya akan ke pejabat sekolah untuk  memasang cd asmaul husna yang akan diperdengarkan diseluruh pelusuk sekolah... sekurang2nya inilah diibaratkan mungkin seperti usaha si burung kecik (pipit) yang membantu memadamkan api yang membakar tubuh nabi ALLAH Ibrahim.... *saya tersenyum* sambil mengharapkan usaha ini masih diteruskan oleh adik2 saya... saya merindui detik2 tu...

selepas alam persekolahan, saya terlibat dengan Persatuan Pelajar Islam Sarawak, (PERKEPIS)... madrasah tarbiyah saya yang pertama yang banyak menyedarkan saya bahawa bumi sarawak memerlukan saya dan ramai lagi aktvis2 untuk memurnikan lagi bumi sarawak... Distulah saya banyak belajar soft-skill yang sungguh bermanfaat...  tarbiyah disinilah yang menguatkan saya... alhamduliLLAH...

dialam universiti,saya mengerti betapa manisnya ukhwah.. disinilah saya diperkenalkan dengan sahabat baik saya, Siti Atiqah, sahabat yang menjadi pengkritik tetap saya, sahabat yang menjadi penguat saya.... :) disini jugak saya diperkenalkan dengan sahabat - sahabat yang sentiasa bersama dalam apa2 keadaan pun...  Haziqah, Naeimah, Yuliriani, Suryana, Hazimah, Saidah, Amira, Farah, Afiqah, Azila, Nazurah, Mastuyah,  Ain, Shahiza, Aini, adik2 (asz, ani, ervy, aini, asmah, hanim, husna)... (maaf jika ada nama yang saya tak sertakan)... ALLAH, perliharakanlah mereka... jagakanlah mereka, cemerlangkanlah mereka didunia dan diakhirat... ALLAHumma amiin.... Moga kita dapat dipertemukan diJannahNYA dalam keadaan berkasih sayang... ^_^

sudah 21 tahun saya hidup, tapi sejauh mana saya mensyukuri nikmatNYA... ALLAH, jadikanlah saya hambaMU yang bersyukur dalam setap detik.. berikanlah kebaikan kepada saya, ahli keluarga saya, guru2 saya, sahabat2 saya, org2 yang berhak keatas saya... amiin....

21 tahun hidup, saya mengharapkan masa yang ALLAH bagi yang saya tidak tahu berbaki berapa saat lagi, sentiasa dirahmati ALLAH... mohon amiin kan ya readers sekalian....

AlhamduLILLAH

Wallahu'alam



entry pertama di atas cik pink!!


Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHI wabarakatuh.

AlhamduLILLAH, berganti tahun sudah... Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... Amiin... AlhamduLILLAH, semalam saya berkesempatan pegi Malam Gemilang Nasyid Sarawak 2011 (MGNS)... ha... ni saya sertakan gambar ehsan dari krew MGNS...






Ni sahabat2 madrasah al khairat... (^_^) v


ustaz hasnul:: ustaz ni kumpulan Diwani.... masa ustaz nyanyi law kaana bainana, berair jugak mata.... rindunya kat RasuluLLAH...  Jom selawat.... اللهم صل على سيدنا محمد

AlhamduLILLAH,
MGNS tamat sekitar jam 11:45 p.m... satu malam yang bagi saya telah membawa satu perubahan dalam sambutan Tahun Baru... Mungkin sudah masanya kita meninggalkan lagha, dan menyuburkan kecintaan kita kepada ALLAH dan kekasih ALLAH, sayyiduna RasuluLLAH  صلى الله عليه وآله وسلم

Ayuh kita amiinkan doa ini::

"Ya ALLAH, bukakanlah bagi kami pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan, pintu-pintu syurga. Ya Arhamar Rahimin... Amiin"