iNgiN beRsua!!

11 June 2012

Hilang~~


Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh....

Hampir 4 tahun, ALLAH memberi rasa kasih, rasa sayang, rasa untuk saling menghargai pada jarak yang dekat... Mungkin, 2 hati ini pernah ada yang terluka, pernah ada yang terasa, pernah ada yang berkecil hati... Jangan pernah untuk menidakkan... sebab ia memang terjadi... tapi kerana kasih, kerana sayang, rasa itu tak pernah sekelumit pun tersimpan dihati.... indah kan??? 

Hampir 4 tahun, ALLAH memberi ruang untuk baiki diri masing2... ALLAH memberi peluang utk baiki yang kurang, ALLAH memberi ruang untuk saling membahu, ALLAH memberi peluang untuk berkhidmat, ALLAh memberi peluang untuk merasai persahabatan yang sebenar... tipu!! jika tiada yang silap sepanjang persahabatan ini!! Tapi, ruang dan peluang untuk saya dan awk membaiki diri sentiasa terbentang luas..... mungkin dengan jarak yang sedikit ALLAH pisahkan ini... sebelum ALLAH menguji kita dengan jarak yang mungkin takkan mampu kita bertemu selepasnya...

Saat saya diberitahu tentang berita itu, hati saya resah... Hanya doa rabitah menjadi kekuatan saya... Tidak pernah rasa rindu ini berlalu... ALLAH, moga rasa rindu ini dalam pandanganMU... ALLAH pasti menjaga awak, sahabat!!! 

~ hilang tulang belakang~



5 comments:

Anonymous said...

=( sabarlah..
setiap petemuan pasti kn bkunjung perpisahan..
tetapi beruntungla krn masih berada di alam yg sama.. peluang n ruang sentiasa hadir..
setiap yg berlaku, ad pengajaran dan pelajaran..
kerana Allah uji dirimu sesuai dengan kmampuanmu..=)

uqu said...

Mencuba! Thanks anonymous! May ALLAH giv u mardhatiLLAH. also for her

atiq said...

aamiin :)

Anonymous said...

Hilang tulang belakang takpe, jangan sakit tulang belakang. Moga dalam redhanya sentiasa.

Anonymous said...

Hilang jap je pun