iNgiN beRsua!!
23 November 2011
hati berbunga ros.... hahha
20 November 2011
cinta
05 November 2011
Konvo Saya... :)
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Dah 2 minggu dah saya konvo... baru hari ni saya ada mood nak update... erm... kat bawah ni ada beberapa snap gmbr... :)
![]() |
| Satu Family... :) |
| ni lah Cinta Hati Saya,,, Merekalah yang banyak berkorban masa, wang, tenaga n segala2nya untuk saya adik beradik... tak mampu saya balas... Terima Kasih Mak & Bapak.... |
| Ni Pulak sebahagian sahabat2 saya.... :).. thanks for coming....:) |
| From my beloved sista... Kak Fizan... Terharu.... :) |
| My bestest:: Sanggup fly from semenanjung for our convocation.. Thank you shbt... |
28 September 2011
itu kafarah.. inshaALLAH...
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
20 July 2011
...
Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh...
kebenaran takkan selamanya tersembunyi... so, hati, tabahlah... apa yang kita miliki selama ni, sepenuhnya milik ALLAH, dan kita sekadar meminjam... wallahu'alam...
p/s:: faham kehendak orang sekeliling anda... =)
10 July 2011
bUaT anDa dan anDa jugak!!
Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHi wabarakatuh...
wallahu'alam
30 June 2011
buAT saHaBatku!!
Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh...
teRkeNanG!!
Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh...
31 May 2011
tHanks twiGie sis!!!
betol kata org::
20 May 2011
deDicated to mY beStest saHabaT!!
I will not soon forget;
You’re one of the nicest people
I have ever met…..
16 May 2011
it's ur day, kak kina!!

Assalamu'alaikum WarahmatuLLAHI wabarakatuh....

AlhamduLILLAH... congratz sis on ur graduation day... 3 taun merantau di bumi sarawak, finally, hasilnya akan dikongsi wif ur great family...

Twigieeee!! twigieeee!!! =P
Wallahu'alam
11 May 2011
MursHid
Assalamu'alaikum Warahatullahi Wabarakatuh...
Berkongsi sedikit daripada beribu untaian kata2 saudara Syeed Abdul Hamid al Aidarus (abg Syeed)... Semoga dipermudahkan perjalanan di bumi anbiya', Yaman...
- Jangan Berkira!
- Jaga adab
- Bersangka Bait (Baik) dengan Orang
- Minta maaf walaupun sik ada (tak ada) salah
- Permudahkan urusan orang, inshaALLAH, ALLAH permudahkan urusan kita kelak.
- Polah jak dolok, dapat ka sik dapat, belakang kira. (Buat je dulu, dapat ke tak dapat, belakang kira)
- Mun kita minjam barang orang, pulangkan dalam keadaan asal ataupun lebih baik (Kalau pinjam barang orang, kembalikan dalam keadaan asal atau lebih baik)
- Selipar di luar ya, mun dapat susun... ya tanda org jaga adab (Selipar di luar tu kalau dapat disusun... tu tanda orang jaga adab)
- Sampeykan dengan hati, inshaALLAH yang menerimak dengan hati.. (Sampaikan dengan hati, inshaALLAH yang menerima dengan hati)...
Moga memberi manfaat kepada kita... aku banyak belajar adab melalui peribadi beliau.. BizniLLAH
01 May 2011
d.I.a

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ukhwah!!!.. yes, I found it here. di bumi ungu, UiTM... =)... aplikasi ukhwah tu jugak disini..
aku kenal "dia" since part 1.. tapi biasalah, aku ngan hidup sendiri2 waktu tu anggap "dia" sebagai kenalan disurau je...aku terhibur dengan aksi spontan "dia" yang kelakar.... serius!! comel!! admire most bila part "dia" bagi pengisian...kadang2 aksi "dia" buat aku tersengeh2 sendiri... haha.. especially bab "donut palsu".. argghhh!! hahaha
ukhwah aku ngan "dia" mula bercambah bla aku sem 2 kat kampus... dia sangat memahami... BiizniLLAH... kitorg berkongsi cerita, berkongsi rasa, tersenyum, tersengeh, tergelak, menangis... hmmm, tulah rutin kitorang... tempat ideal kitorg jumpa?? heehee.. mestilah tempat yang tenang... tempat yang dah menyatukan hati2, bukan je aku dan "dia" tapi jugak aku dan sahabat2 len... the place like no other in our kampus... Surau kolej... yupppp... S.U.R.A.U!!!!
"dia" mula jadi roomate aku masa aku sem 3... Haaa!!! .. antara kenangan best yang aku takleh lupa bila kitorang bukak puasa tepi jalan sebab tak sempat balik bilik... haha.. bukak puasa tepi jalan sambil minum aek nyior yang sejuk n makan kueh.... org lalu lalang tengok je... mungkin terliur jugak kot tengok kitorg minum.. haha... =P...
erm,,, nak cerita tentang kami satu post memang tak cukup... post banyak2 pun tak habis.... pelbagai ragam tapi itulah hiburan untuk aku kenang bersama "dia" or waktu "dia" takde disisi..
untuk "dia", awak sahabat dunia akhirat, sahabat yang menjadi semangat untuk saya terus berdiri, sahabat yang dah membuat saya tersenyum waktu saya rasakan saya tak mampu lagi untuk tersenyum... semestinya atas izin ALLAH... tak adalah pengertian ukhwah ini tanpa izinNYA.... moga ukhwah ini membawa kita ke syurgaNYA... Moga ALLAH memandang ukhwah kita dengan redhaNYA... moga setiap kali pertemuan kita, ALLAH memberi rahmat, dan moga perpisahan sama ada sementara mahupun selamanya, mampu menambah kasih sayang... InshaALLAH...
Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah sebaik2 penjaga... kau peliharalah keluargaku, sahabat terbaikku, sahabat2ku tatkala penjagaanku yang serba lemah ini tak mampu sampai kepada mereka....
wallahu'alam
14 February 2011
KenanGan!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
2007:: Ditakdirkan ALLAH pada hujung tahun 2007, aku terjumpa dengan insan nih... diperkenalkan oleh mak beliau yang merangkap ibu angkatku yang kupanggil "umi". Insan ni aku kira sangat hebat...aku tanya banyak mana n serumit mana pun persoalan pasti djawab dengan hikmah beserta dalil2nya sekali... melihat dari luaran, insan ni simple je. tenang dalam bicara. insan nilah yang menjadi pilihan aku untuk aku contohi dalam "public talk" apabila dilapangan.

2008:: Ditakdirkan ALLAH didalam satu program kampus, aku terjumpa seorang lagi insan yang banyak memberi erti dalam hidup aku. senyuman yang indah dan mendamaikan. jugak simple dalam perwatakannya. ilmu yang sangat luas... gemar bilamana berbicara ttg ilmu tajwid dengan insan ini.. punya ilmu, tapi tidak mendabik dada.. nilaian diri, insan ini telah mencorakkan kehidupan yang kusam dengan warna - warna yang indah. sudah tentu dengan izin ALLAH...

2011, 0847 a.m:: Aku teringat akan dua insan ini. insan 1 memberi aku teori, insan kedua mengajarku secara praktikal. insan 1, sudah jauh pergi, insan 2 terlalu hampir. Insan pertama mengajar aku tentang defnisi kasih sayang, insan kedua, mengajar aku mengaplikasikannya... Teringat kata2 insan pertama, "enti pasti berjumpa, cari dengan mata hati, jika hampa, jgn kecewa, jika terasa, jangan melatah, jika bertengkar, enti mengalahlah"... Atas izin ALLAH, insan kedua, telah menjadikan aku berjumpa dengan apa yang dikatakan oleh insan yang pertama... syukran jazzilan insan pertama dan kedua.. Moga ukhwah ini selamanya... Moga pertemuan di dunia ini menjadi jambatan pertemuan kita di jannahNYA... amin...
07 February 2011
mEmiLiki!!!
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Khas buat yang bergelar sahabat!!!
"Apa yang kita alami demi teman kadang – kadang melelahkan dan menjengkelkan, Tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah…
Persahabatan sering diuji beberapa cubaan, Tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan bahkan menyuburkan persahabatan itu
Persahabatan tidak terjalin secara automatik,tetapi memerlukan proses yang panjang, seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu bahkan ditolak, namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, Justeru kerana kasihnya dia memberanikan diri menegur apa adanya.
Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari hidupnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, Namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, Namun ada juga yang hancur kerana tidak menghargai sahabatnya.
Memiliki sahabat, bukanla untuk dikhianati, disakiti hatinya, tetapi sebaliknya, dihargai. Bimbang, disaat ingin menghargainya , takdir menentukan dia tiada lagi disisi."
~Mohon maaf kepada sahabat yang pernah aku sakitkan samaada sengaja atau tidak, zahir mahupun tersembunyi, sedar mahupun tidak. Mohon maaf dunia dan akhirat~ Ukhwah hingga ke syurga~ InsyaALLAH
29 January 2011
taJamnYa !!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Benda tajam ni selalu buat org terluka kan?? Aku pun tak tau, sepanjang 21 tahun aku hidup menghirup oksigen milik ALLAH dan berkat sifat AR RAHMAN ALLAH,, berapa kali aku luka sebab benda tajam.. banyak kali jugak, luka sebab pisau, cangkul, sabit, tin sardin etc... Biasanya luka dianggota badan yang zahir, cepat proses recovernya.. Biiznillah..

tapi tajamnya pisau, parang keris, lukanya kita nampak secara lahiriah. berbeza dengan luka disebabkan tajamnya lidah... mak aiii, sakitnya... teringat aku ngan bait2 lirik lagu in team:: lidah ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan... lalala...

Kerana lidah, hubungan yang rapat menjadi renggang, yang baik menjadi bermusuhan, yang gembira jadi berduka... Kadang2 aku susah jugak dalam mengatur bicara, sehingga ada yang terasa dengan cara aku... Tapi ada jugak masa, aku yang terhunus dengan kata2 yang tajam... Ya ALLAH, susunilah bicara kami, santunilah lidah kami..Ameen ya rabbal a'lameen. Jagalah bahasa kata kita jangan disalah guna...

Buat insan2 yang pernah terasa dgn my words, aku secara peribadi mohon maaf... Kekadang gurau senda yg terjadi tlh membatasi takat didih seseorang, kekadang diri ini sendiri tidak tahu apakah salah yang telah dilakukan. Tegur2lah klu nampak kelemahan yang ada dlm diri aku k?? Syukran... Wallahu'alam...
28 January 2011
seNdiRi MenYepi!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Wallahu'alam...
25 January 2011
SaHaBaT,, MengErtiLah!!!
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Satu quote yang buat aku dedicated untuk diri sendiri n sahabat2ku....
"Menyayangi seseorang bukanlah bererti kita mendapat kembali kasih sayang daripada sahabat itu. Namun, kasih sayang itu dinilai apabila kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan sahabat kita dalam kemungkinan kita sendiri terseksa. Itulah nilai kasih sayang ukhwah yang sejati.."
InsyaALLAH aku akan elaborate lebih ttg cetusan rasa aku berkaitan ukhwah utk next entry. tak semua memahami ukhwah itu apa... why not kita sama2 belajar... Hebatnya ukhwah junjungan besar dulu, kini dan selamanya, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan sahabat baginda Abu Bakar as Siddiq... Subhanallah...
Wallahu'alam











