iNgiN beRsua!!

28 February 2011

qaNaaH


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Nice to share wif...=)



Petua keberkatan :
Byk disyukuri, sedikit mencukupi...

belajar untuk bersifat QANAAH ye uqu!!!!!!

14 February 2011

KenanGan!!



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


2007:: Ditakdirkan ALLAH pada hujung tahun 2007, aku terjumpa dengan insan nih... diperkenalkan oleh mak beliau yang merangkap ibu angkatku yang kupanggil "umi". Insan ni aku kira sangat hebat...aku tanya banyak mana n serumit mana pun persoalan pasti djawab dengan hikmah beserta dalil2nya sekali... melihat dari luaran, insan ni simple je. tenang dalam bicara. insan nilah yang menjadi pilihan aku untuk aku contohi dalam "public talk" apabila dilapangan.



2008:: Ditakdirkan ALLAH didalam satu program kampus, aku terjumpa seorang lagi insan yang banyak memberi erti dalam hidup aku. senyuman yang indah dan mendamaikan. jugak simple dalam perwatakannya. ilmu yang sangat luas... gemar bilamana berbicara ttg ilmu tajwid dengan insan ini.. punya ilmu, tapi tidak mendabik dada.. nilaian diri, insan ini telah mencorakkan kehidupan yang kusam dengan warna - warna yang indah. sudah tentu dengan izin ALLAH...






2011, 0847 a.m:: Aku teringat akan dua insan ini. insan 1 memberi aku teori, insan kedua mengajarku secara praktikal. insan 1, sudah jauh pergi, insan 2 terlalu hampir. Insan pertama mengajar aku tentang defnisi kasih sayang, insan kedua, mengajar aku mengaplikasikannya... Teringat kata2 insan pertama, "enti pasti berjumpa, cari dengan mata hati, jika hampa, jgn kecewa, jika terasa, jangan melatah, jika bertengkar, enti mengalahlah"... Atas izin ALLAH, insan kedua, telah menjadikan aku berjumpa dengan apa yang dikatakan oleh insan yang pertama... syukran jazzilan insan pertama dan kedua.. Moga ukhwah ini selamanya... Moga pertemuan di dunia ini menjadi jambatan pertemuan kita di jannahNYA... amin...

07 February 2011

mEmiLiki!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Khas buat yang bergelar sahabat!!!

"Apa yang kita alami demi teman kadang – kadang melelahkan dan menjengkelkan, Tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah…

Persahabatan sering diuji beberapa cubaan, Tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan bahkan menyuburkan persahabatan itu

Persahabatan tidak terjalin secara automatik,tetapi memerlukan proses yang panjang, seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu bahkan ditolak, namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, Justeru kerana kasihnya dia memberanikan diri menegur apa adanya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari hidupnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, Namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, Namun ada juga yang hancur kerana tidak menghargai sahabatnya.

Memiliki sahabat, bukanla untuk dikhianati, disakiti hatinya, tetapi sebaliknya, dihargai. Bimbang, disaat ingin menghargainya , takdir menentukan dia tiada lagi disisi."

~Mohon maaf kepada sahabat yang pernah aku sakitkan samaada sengaja atau tidak, zahir mahupun tersembunyi, sedar mahupun tidak. Mohon maaf dunia dan akhirat~ Ukhwah hingga ke syurga~ InsyaALLAH