iNgiN beRsua!!

21 March 2011

aNaLisa !!!


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

tengah agak kelam kabut arini... analisis data untuk final projek aku... ALLAHuALLAH... pening jugak kepala nih.. analyse guna benda bawah nih.... huhu...



SPSS ni lah software yang dah mudahkan sedikit sebanyak kerja aku... walaupun still rasa susah sekurang2nya sedikit sebanyak dah memudahkan urusan aku... AlhamduLILLAH... Thank you ALLAH...

terfikir jugak aku, dalam menganalisa diri a.k.a muhasabah diri yang tak lah sesukar menganalisa data, kerap kali jugak kita malas memasukkan diri kita dalam dimensi tuh... Astagfirullahal'azim.. betapa lalai kita dalam memikir kebesaran ALLAH dan kelemahan diri dalam susah mahupun senang....

p/s:: semalam aku berkesempatan balik ke rumah... rindu yang teramat kat family... AlhamduliLLAH semalam berkesempatan beristisyarah ngan mak ayah aku... AlhamduLILLAH.. tenang.. Moga pilihanku adalah pilihan yang tepat yang diiringi dengan restu mak ayah aku.. Benarlah, redha ALLAH terletak pada redha mak ayah... inshaALLAH :)


16 March 2011

iLmu ALLAH


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Aku just nak kongsi ilmu ALLAH yang melangit luas... Astagfirullahal a'zim... baru aku sedar sikitnya pengetahuan aku...ALLAHuALLAH... ni nak kongsi sedikit tentang hadith Muttafaqun Alaih.... =)


Hadith muttafaqun alaih ni sebenarnya hadith yang disepakati oleh Imam Al Bukhari dan Imam Muslim. dalam banyak - banyak perawi hadith Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Imam Al Bukhari n Imam Muslim ni lah muhadithin yang paling masyhur dan keduanya ni adalah pakar hadith yang mengkaji sanad iaitu perawi hadith dan matan ( isi kandung setiap hadith)... =)... SubhanALLAH.. Geniusnya!!!!

Hadith yang ada Muttafaqun alaih sebenarnya hadith - hadith yang mempunyai tingkat yang paling tinggi sebab hadith - hadith ni dah disepakati oleh imam Bukhari dan Imam Muslim....

erm... kita bercakap tentang imam al Bukhari dan imam Muslim... kenal ke tak kita ngan mereka?? ha.... ni aku share sedikitlah.. Moga2 bermanfaat buat semua... InshaALLAH...

Sedikit tentang Imam Bukhari::
Namanya yang sebenar ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. Beliau ni lahir pada tahun 194 Hijrah bersamaan dengan 810 Masihi di Bukhara.Imam Al-Bukhari ni buta sewaktu kecilnya, tapi berkat doa ibu bapanya (wa BiizniLLAH) akhirnya beliau dapat melihat.SubhanaLLAH hebatnya!!!!!!!!! Imam Al-Bukhari meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah bersamaan dengan tahun 872 Masihi ketika berusia 62 tahun. =)

Sedikit tentang Imam Muslim::

Nama sebenar beliau ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Beliau juga mengarang kitab As-Shahih (terkenal dengan Shahih Muslim). Dilahirkan di Bukhara pada tahun 194 Hjrah. Beliau terkenal dengan hafazan yang kuat dan mantap... SubhanaLLAH... Beliau meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah di Samarqand...

Wallahu'alam

Teringat dengan hormatnya Imam Malik dengan hadith Rasulullah... waktu nak mengajar ilmu hadith, Imam Malik memakai wangian dan baju yang cantik... SubhanaLLAH.. dan kita??? kerap kali lalai... meletakkan kitab - kitab yang ada hadith RasuluLLAH di merata - rata tempat... Astagfirullahal'azim... Moga jadi ingatan buat aku yang sering lupa!!! ALLAHu ALLAH

p/s:: Penulis mengalu2kan komen2 dari sahabat2 jika terdapat khilaf. pd entry nih.. Berbekalkan ilmu yang sedikit, penulis cuba untuk menyampaikan.. Wallahu'alam





inSaN beRjiWa cemerLanG!!


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Semakin mengenali beliau,
semakin kagum,
melihat peribadi yang sangat down to earth,
buat diri termuhasabah..
Ilmunya,
mashaALLAH, hebat...
sahabat,
aku mengaggumi kamu!!!
moga terus istiqamah,
moga langkahmu terus cemerlang dalam mendaulatkan ISLAM tercinta...


p/s:: teringat kata2 seorg sahabat,
"Janganlah bersahabat kerana keistimewaannya, kerana takut hilang keistimewaan, hilanglah jugak kasih sayang..."
sahabat, aku bersahabat denganmu kerana ukhwah ini istimewa.

08 March 2011

jUst A few moNth Left!!


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...




Sedar hakikat!!! t.i.d.a.k l.a.m.a l.a.g.i p.r.e.s.e.n.t.a.t.i.o.n!! maw tak demam anak pak cik awang nih... huhu.. 28 April 2011 n 29 April 2011, tarikh keramat aku present final project.. Ya ALLAH, ALLAH je tau debaran aku nih... Rabbuna Yussahhil uqu!!! Rabbuna Najjahkum!!! Biiznillah =)..

” Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu . Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,agar mereka beroleh kebenaran” (Al-Baqarah:186)


Buat sahabat2 aku yang turut menempuh medan imtihan, semoga berjaya!!! Moga usaha kita dalam berkat dan redha ALLAH jua...=).. Wallahu'alam

04 March 2011

rEhaT maTa!!






Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...









banyak tido!!! tu lah penyakit tanpa simptom yang aku kena sekarang nih... Astagfirullahal'azim... padahal banyak lagi kerja aku tak buat.. apa sudah jadi?? huuhuu.. Jom kita sama2 renung ayat-ayat cinta ALLAH nih... Untuk peringatan. especially aku ni yang sering lupa::

" DIA yang membuatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian dan tidur untuk rehat, dan siang DIA membuatkan untuk kebangkitan" (25:47)


"Daripada pengasihanNYA, dia membuatkan untuk kamu malam dan siang, untuk kamu berehat kepadaNYA, dan untuk mencari pemberianNYA, supaya kamu berterima kasih" (28:73)





then, jom lah kita sama2 hijrah, jangan pulak pagi, petang, siang, malam kita dok terbungkang atas katil... biarlah bantal + tilam kita duk rehat sat n tenang dari menampung badan kita... =P.. uqu!!! pesanan khas untuk kamu ok???

wallahu'alam