iNgiN beRsua!!

16 December 2010

Tidak walau sesaat..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....



"Innalillahi wainnailaihiraji'un" terbreak kakiku serta merta bila terpandang sekujur badan berbalut plastik hitam di atas kereta sorong di depan pintu masuk ke klinik... Seorang lelaki berusia lebih kurang 40 tahun meninggal dunia eksiden. aku menjenguk sebentar ke dalam trak polis (trak untuk membawa jenazah dan motosikalnya dari tempat kemalangan) n terlihatlah motosikalnya yang remuk... ALLAHU ALLAH... aku sempat jugak melihat keadaan jenazah. Tidak ada luka yang parah. Menurut Medical assistant (M.A) kat situ, jenazah mengalami pendarahan dalam (internal bleeding).


Aku duduk sekejap kat situ sambil berborak dengan jiran lelaki berkenaan. Menurut jiran, lelaki ni sempat menyapa dan bergurau senda dengannya sebelum arwah keluar. Aku sebak sendiri, termuhasabah. Lihatlah janji ALLAH itu pasti. tak terlambat even sesaat pun, dan takkan cepat walaupun sesaat.. ALLAHUALLAH... sedikitnya aku mengingatiMU sebagai PENCIPTA seluruh alam....



Aku jugak meletakkan diri di posisi keluarga si mati. Tidak mampu rasanya bila membayangi kehilangan insan tersayang... Astagfirullahal'azim, tegur diri. Aku lupa semuanya adalah pinjaman semata2. Nyawa yang aku guna untuk bernafas ini adalah pinjaman, orang disekelilingku juga adalah pinjaman. ALLAH lah yang berkuasa atas semua ini. Astagfrullahal'azim... Moga aku jadi golongan yang beringat Ya ALLAH.

" Wahai jiwa yang tenang,kembalilah kepada TUHANmu dengan hati yang diredhaiNYA"

Wallahu'alam...



2 comments:

Ana Ukhtukunna fil Islam.. said...

Semoga kte tgolong dalam golongan yg sentiasa beringat.

iman-99 said...

I am Me!

Ameen ya rabbal a'lameen