iNgiN beRsua!!

20 November 2011

cinta


Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh....

hari jumaat lepas, hati saya sedikit terusik apabila sahabat baik saya baring di riba saya kerana mungkin terlalu kepenatan.... melihat sahabat baik saya tertidur, saya teringat kisah habibuLLAH, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan shbt yang dicintai, Saidina Abu Bakar As Siddiq... sebuah kisah perjalanan ukhwah fillah yang agung...

Mari kita menilai ukhwah kita... ALLAHUALLAH....

Ketika di dalam gua, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidur di atas riba Abu Bakar رضي الله  عنه . tiba-tiba seekor ular muncul dari sebuah lubang berdekatan dengan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang sedang tidur. bimbang dengan keselamatan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, Abu Bakar رضي الله  عنه telah menutup lubang yang ada ular itu dengan telapak tangannya sehingga tangannya dipatuk ular. Akibat dari kesakitan yang ditanggungnya, diam-diam airmata mengalir di pipinya, dan jatuh ke pipi Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia. Air mata yang jatuh itu mengejutkan baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  yang sedang tidur. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya kepada Abu Bakar رضي الله  عنه, "Wahai bapa mertuaku. Mengapa kamu menangis?"Abu Bakar kemudiannya menjawab; "Aku telah dipatuk ular," sambil menunjukkan tgnnya yg tercedera itu. Lalu Rasulullah meludah pada bahagian yg dipatuk ular itu, diusap2 olehnya, dengan izin Allah, bisa tersebut hilang .SubhanaLLAH..

Moga ALLAH memelihara ukhwah kami ini.. ALLAHumma ameen.... :)




3 comments:

atiq said...

ameen, inshaALLAH :D

naeimah ramli said...

Subhanallah..;) hebat!!

iman-99 said...

atiq:: :)...

naeim:: :)...